alkisahnya.. ada la orang kat opis ni. nama dia kak lijah (bukan nama sebenar). dia ni kan, ee aku cukup meluat betul laa... suka kecoh2 jaga tepi kain orang tak kira masa. rimas aku.. rimassss...!!
dah banyak kali dah dia buat perangai kelam kabut dia tu. tapi so far aku masih boleh bertahan lagi dan tak ingin nak mengutuk dia kat blog ni tapi kalo dah selalu sangat... sape tak fedap beb..?
ohh..sebelum tu nak bgtau dlu. sape2 yg tak suka nak baca citer2 canni, silalah angkat kain dan pergi dari sini ok.. takde maknanya kalo anda abiskan pembacaan dan meninggalkan blog ini dengan membuat spekulasi yang pelbagai. yang tak elok jadikan sempadan. yg elok tu buat tauladan.
ok, smbung..
gini, kelmarin aku demam.. kena batuk2 kokol + sakit kepala. so, aku pon buat keputusan tak mo gi keje. nak mandi pon rasa macam x larat nak bangun apatah lagi aku nak menapak gi opis tu.. dari goyang kaki kat opis, baik la aku berlepak2 king kat umah sambil meredakan demam aku ni kann... bila dah taknak gi keje tu, aku pon call la bos kecik. aku cakap ngan dia aku demam, x larat nak gi keje. pendek kata, aku mc la ari tu. bos kecik pon ok je bila aku kata gitu. dia memang x byk songeh. tu yg aku suka tu.. hehe..
so, esoknya bila rasa diri dah ok sket, aku pon bersiap2 nak gi keje. niat ati aku, lunch hour nanti nak gi serbam kat klinik boy *bukan nama sebenar* untuk mintak surat mc pasal semalam aku tak datang keje kan.. pastu igt nak mintak ubat batuk kokol skali. baiknyer aku pasang niat pagi tu. so, pas dah berbedak gindu sume, aku pon lenggang kangkung gi opis..
alkisahnya, bila dah masuk opis. maka muncul la muka kak lijah ni.. terus tanya ' chitee, semalam pegi klinik ke tak amik mc?' alah..kecoh betol la minah ni..bisik aku dalam hati. 'tak, dah demam. mana larat nak gi klinik. lain la kalo ada orang nak antakan' jawab aku dengan penuh toya. member aku dah stat pandang2 aku dah.. sambil buat muka nyampah kat kak lijah tu. haha.. kak lijah tu macam tak puas ati lak aku jawab cantu. 'chitee, u kena pegi tu amik mc. we got 2 clinic panel u know?' ele.. aku tau la.. aku yg uruskan pasal klinik panel tu. aku tau laa apa aku nak buat.. kecoh je la minat ni.. ee... ' ye laa... lunch karang sy pegi laa klinik tu' balas aku, malas nak layan. sambil jawab tu aku buat keje aku. malas nak pandang muka dia. nanti makin sakit ati. kawan aku yg dengar dia becakap pon, rimas gak mcm aku.. huh..
pastu, selang 15 min dia akan remind aku pasal amik mc smalam kat klinik. hak elahh.. makcik ni.. macam la aku ni pekak.. macam la aku ni ada penyakit nyanyuk. yang nak remind sampai naik bernanah telinga ni pehal? bosan..! menyampah..! elok2 aku nak amik mc, terus tak jadi kang aa..
dalam kul 11, aku cakap ngan bos kecik. aku nak gi makan nasik + nak gi klinik amik mc skali. bos kecik macam selalu la.. ok je.. sebelom kua makan, smepat lagi kaklijah remind aku pasal mc smlm dan jugak amik la mc kalo ari ni rase x sihat. hek ele.. caring la konon tapi x kena tempat. aku dah elok datang opis nak keje, suh aku mc lak. masa org nak mc, kecoh suh datang keje. gilo apo.. huh..
maka aku pon kua laa bersama salah sorang teman baik aku.. *member aku yg ini lebih kurang sebaya ngn kaklijah. cuma muda bape taun jee.. kami makan2 sambil tu sempat la anyam ketupat. ntah bape bijik ntah ketupat yang siap. laku la jugak kalo jual. gamaknya laa.. hehe.. member aku ni pon memang da lama x puas ati ngan perangai kaklijah ni. pasal kaklijah perasan bagus.. dia igt dia je yg betol. orang lain buat sume x betol. kang kalo ditego, tarik muncung. ni la org kata, bodoh sombong.. member aku ni dah bape bulan da gadoh ngn kaklijah. dia cuma sound kaklijah yang perangai kaklijah is soo....irritating. layan kami budak2 kat opis ni mcm anak2 kecik dia. suka me'remind' tak tentu pasal. benda kecik pon nak remind 40 juta kali. bosan la.. member laki aku cakap, patut laa laki dia tinggalkan dia. agaknya bosan ngn perangai dia yg ni laa.. tgk, bila lelaki pon da kata mcam tu..apatah lagi yg pompuannya.. *psstt.. zip mulut tu kat sini ok.. :D
so, pas member aku sound dia, terus dia tengking2 member aku. tak setuju ngn apa yg org tu ckp.. siap kol member aku yg lagi sorang lak. nak kan kepastian betol ke sume budak2 tak suka ngn perangai irritating dia. huh.. apa ntah yg dorang gadohkan. ni member aku yg cite balik kat aku. masa tu aku xde. gi intebiu. semenjak peristiwa tu, kaklijah dah x tego member aku. da lama gak la.. rasanya dah 5 bulan. ntah le.. orang kata, kalo takde angin masakan pokok goyang.. orang dah tego tu, bawak2 la muhasabah diri ke apa. renung balik. ni tak..lagi taknak terima. makin menjadik2 lak.. isk.. sabo jek la aku ni.. *hehe
ok. berbalik pada citer mc aku tadi. pas makan, aku gi klinik n amik mc + ubat. dokte kata batuk aku ada kering sket. oo... patut laa..
balik opis, kaklijah xde. tenang dan damai skejap kurasakan. kalo tak asik la nak tanya pasal mc. igt nak tampal je mc tu kat dahi. bio mata dia nampak. baru mulut diam. ni tak, asik laa nak tanya.
sejam pastu kaklijah pon balik opis... jeng jeng.. ayat keramat dah kua dahh.. 'chitee..da amik mc?' arghhhhhh..mau jadik gaban time tu jugak kurasakan. 'dah' aku jwb sepatah je. 'nape x amik mc utk ari ni skali?' tanya dia lagi. sukati aku laa.. jawab aku dalam ati. hehe.. 'malas nak amik' jawab aku. lantak dia la nak terasa ke apa. dah bosan layan soklan bodoh dia tu..
jadi, itu saja laa ceritanya... sekian. wassalam.
** ini adalah luahan hati aku. so, memang agak emosional okes. tata